OVERVIEW
Professor Madya di Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa. Merupakan bekas penyelaras Patani Peace Program di Universiti Sains Malaysia. Membuat kajian tentang konflik dan perdamaian dengan pengkhususan terhadap kes konflik di Patani di samping membuat kajian tentang keselamatan khususnya pergerakan Islamic State (IS) di kalangan rakyat Malaysia. Turut terlibat dalam kajian tentang kes-kes pelarian di Malaysia seperti Rohingya, Unaccompanied Children, komuniti Siam di Malaysia, pengaruh DAESH di kalangan pelajar IPT dan masyarakat rakyat Malaysia. Dari sudut perkhidmatan (service) pernah terlibat dalam program pembangunan perdamaian di kawasan Selatan Thailand khususnya dalam membentuk hubungan konstruktif (Capacity Building) dengan Gerakan Pembebasan Patani seperti Patani United Liberation Organization (PULO), Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Gerakan Mujahidin Islamiya Patani (GIMP) dan Barisan Islamiya Pembebasan Patani (BIPP). Berserta dengan itu pernah menjadi Liaison Officer di bawah program UUM dalam membantu kerajaan Malaysia sebagai mediator untuk rundingan perdamaian antara Majlis Syura Patani (MARA PATANI) dan Kerajaan Bangkok. Terlibat aktif dalam pentadbiran dan pengurusan universiti. Dilantik sebagai Pengetua Inapan Siswa (INASIS), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Terlibat dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan pelajar melalui aktiviti-aktiviti Jawatan Kuasa Pembangunan dan Kepimpinan Siswa (JKPS) dan Resident Siswa (RS) yang dianjurkan di peringkat kolej kediaman. Manakala yang terkini memegang jawatan sebagai Pengerusi Program Pasca Siswazah di peringkat pusat pengajian khusus dalam mengurus penerimaan dan pembelajaran pelajar-pelajar siswazah di peringkat Master dan PhD.
PUBLICATION CHART
LIST OF PUBLICATION
RESEARCH PIE
LIST OF RESEARCH
CONSULTATION
INTELLECTUAL PROPERTIES
UNDERGRADUATE
POSTGRADUATE
SUPERVISION