OVERVIEW
Dr. Melor Fauzita Md. Yusoff, Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Mendapat didikan peringkat universiti dari Universiti Malaya untuk ijazah sarjana muda dan sarjana dari Universiti Malaya dan ijazah doktor falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kajian ialah Sosiolinguistik dengan memberi tumpuan kepada kesantunan berbahasa. Berpengalaman sebagai ketua penyelidik dan penyelidik bersama bagi geran KPT. Juga berpengalaman menyelia pelajar sarjana dan PhD dalam bidang bahasa khasnya aspek kesantunan berbahasa. Aktif membentang dalam seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta banyak menerbitkan artikel dalam buku, prosiding dan jurnal berindeks. Bertindak sebagai penilai bagi proses viva pelajar sarjana dan sesi pertahan kertas cadangan pelajar PhD. Menganggotai pelbagai jawatankuasa peringkat pusat pengajian, termasuklah Jawatankuasa Kualiti, Jawatankuasa Peperiksaan dan Pengijazahan Program Akademik, Jawatankuasa Seminar, Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan dan Jawatankuasa Kumpulan Kreatif Inovatif (KIK).
PUBLICATION CHART
LIST OF PUBLICATION
RESEARCH PIE
LIST OF RESEARCH
CONSULTATION
INTELLECTUAL PROPERTIES
UNDERGRADUATE
POSTGRADUATE
SUPERVISION