|
PHAT A/L AWANG DENG dilahirkan di Tumpat, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Sekolah Menengah Chabang Empat, Sekolah Menengah Tumpat, dan Institut Padang Merdeka. Meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Pengajian Melayu. Kemudian pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tumpuan kajian puisi Melayu moden. Terlibat dalam penulisan, seminar, dan diskusi berkenaan sastera Melayu moden dan tradisional. Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Unit Bahasa, Sastera dan Budaya, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.
|