OVERVIEW
Dr. Aspalella A. Rahman merupakan seorang Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia. Beliau memulakan karier sebagai tutor di Universiti Utara Malaysia pada tahun 1994. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (IIUM), Sarjana Undang-undang (University of Wales Aberystwyth, UK) dan Doktor Falsafah Undang-undang (University of Western Australia) dalam bidang undang-undang penggubahan wang haram. Kursus pengajaran beliau di UUM adalah Criminal Law, Legal Research Methodology, Ethics, Law and CSR, Company Law dan Business Law. Beliau turut mengetuai dan menjadi ahli dalam projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi seperti TRGS, FRGS dan RAGS serta penyelidikan yang dibiayai oleh UUM. Penyelidikan dan penulisan artikel beliau adalah berkaitan dengan undang-undang penggubahan wang haram, keganasan rumahtangga, rogol statutori dan perlindungan pengguna dan lain-lain. Beliau juga giat dalam aktiviti perundingan dan menjadi penceramah dalam bidang undang-undang jenayah.
PUBLICATION CHART
LIST 5 LATEST OF PUBLICATION
RESEARCH PIE
LIST 5 LATEST OF RESEARCH
CONSULTATION
UNDERGRADUATE
POSTGRADUATE
SUPERVISION
COLLABORATORS